Pernah tak korang mengalami masalah laptop HANG? Laptop Slow? Korang tau tak apa sebabnya? hah kali ni korang dah jumpa dengan orang yang tepat dan boleh selesaikan masalah korang tu. Ok, banyak faktor yang menyumbang kepada kelembapan dan masalah laptop HANG ni. Antaranya kapasiti RAM korang kecik, Keduanya Hardisk korang dah sarat dengan muatan. Kalau bab hardisk dan RAM ni nanti la aku ceritakan camna nak kasi clear ye. Kali ni aku nak kongsi kenapa laptop korang lembap.
Selain dari faktor di atas yang aku cerita tadi tu, kepanasan juga faktor laptop korang boleh jadi slow. Sebab apa, bila processor korang panas proses untuk bekerja menjadi slow. Ibarat cacing kepanasan,.hehe. So korang pun akan start stress dan rasa nak hempuk je laptop korang tu. Kepanasan jugak boleh menyebabkan CHIPSET dan MOTHERBOARD korang rosak. Korang tau tak apa bala yang datang kalau benda tu rosak? ye betul duit korang kena standby la maksimum RM350 ( kalau repair dengan aku la) atau lebih kalau pergi hantar kat kedai lain. Itu pun kalau nasib korang baik hanya CHIPSET je yag rosak. Kalau MOTHERBOARD korang kong terus, jawapannya ada dua sahaja. Yang pertama duit pakai banyak, yang kedua beli baru je la.
 |
Habuk dah macam SPONGE. |
Apa yang perlu korang buat untuk mengelakkan malapetaka ni jadi kat korang? Sebaik-baiknya korang ringan-ringan kan la tangan korang servis laptop tu. Buang habuk-habuk kat kipas tu dan ganti thermalpaste yang baru. Kalau korang tak tau apa itu thermalpaste, Korang tengok gambar bawah ni. Thermalpaste ni salah satu ajen yang berfungsi mengalirkan haba dari kipas ke processor.
 |
thermalpaste yang warna kelabu yang macam dah cair tu |
Apa Itu Servis Laptop?
Bagi korang yang tak pernah servis laptop sepanjang hayat laptop korang, servis adalah satu proses pembersihan habuk-habuk pada kipas dan juga heat sink serta menukar atau menambah thermal paste yang baru.
Kenapa Perlu Servis?
Ok soalan ni ramai yang bertanya. Kenapa kita perlu servis laptop? Alasan utama kenapa korang perlu servis laptop korang ENAM bulan sekali, kerana musuh utama laptop adalah kepanasan. Komponen-komponen pada Motherboard sangat sensitif dengan kepanasan. Seperti yang aku terangkan kat atas tadi, bila korang tak servis laptop, habuk-habuk yang ada pada kipas dan heatsink laptop korang akan menutup pusingan aliran udara dalam laptop korang.
Korang boleh buat sendiri kalau ada kemahiran dan keberanian. Kalau tak yakin korang boleh la hantar ke kedai servis yang berdekatan atau boleh hubungi aku. Niat aku hanya untuk membantu korang. Terutamanya orang MELAYU.
PS: Servis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. kalau malas sangat setahun sekali. Korang boleh contact aku untuk servis.