![]() |
Itu bukan gambar aku..aku sempat snap ni je. yang lain dlm phone bini aku |
Pengalaman yang aku dapat dengan anak aku baru-baru ni sangat-sangat la best. Hero kesayangan anak aku iaitu ULTRAMAN datang dari Jepun sempena Roadshow diorang ke Malaysia untuk persembahan di Genting Highlands Pada Februari 2015 nanti. Aku dapat tau Ultraman ada kat Pavilion pun dari abang ipar aku. Apa lagi aku pun cargas la pergi ke pavilion dengan family aku hari Sabtu.
Aku sampai Pavilion pun dah pukul 3 petang. So terus menuju ke Tokyo Street tingkat 6. Sampai-sampai je frust je aku tengok muka anak aku tu, ada poster je kat situ. Siap tanya aku Daddy mana Ultraman? Apa aku nak jawab ni. Lepak situ dalam setengah jam, nah kau muncul sudah Ultraman TIGA ( aku kenal dah ultraman sekarang ni tau). Apa lagi aku pun kelam kabut la nak ambik gambar. Tup tup ultraman tu blah gitu je. Aku terpinga-pinga la time tu mencari kemana pulak nak perginya Ultraman tu. Tengah sibuk-sibuk tanya bini aku, ada la sorang akak ni mencelah cakap Ultraman tu pergi tingkat 5.
Hah apa lagi, aku dengan pantas la kejar Ultraman tu. Sian gak bini aku tengah pregnant pun sama kejar Ultraman. Adoi apa nak buat, nak sampaikan hajat anak teruna la katakan. So kalau korang rasa nak tegok Ultraman secara live boleh la ke PAvilion KL. Untuk pengetahuan korang, Suit yang diorang pakai tu adalah original masa diorang shooting.
No comments:
Post a Comment