Kecewa..Kecewa Kecewa.Itu yang dapat aku gambarkan perasaan aku lepas pergi ke Karnival Upin & Ipin pada 22/11/2014 tempoh hari. Boleh aku katakan indah khabar dari rupa. Iklan di televisyen bukan main gah. War-warkan sampai anak aku umur tiga tahun pun ingat tarikh Karnival Upin & Ipin tu. Kalau markah untuk iklan memang aku bagi 5 bintang kat Les'Copaque. Tapi kalau perjalanan event tu aku boleh bagi 1 bintang.
Mula-mula aku sampai ke Putrajaya masa nak cari parking lagi aku dah rasa tak sedap hati. Aku sampai di perkarangan PICC untuk cari parking jam 10.30 pagi. Masa tu kereta tak banyak lagi. So aku boleh dikira bernasib baik sebabnya aku boleh pusing melilau cari parking walaupun bukan dalam PICC tu parkingnya. Aku dapat parking luar PICC dekat dengan taman yang ada tempat letak kereta. So aku pun park kat situ. Kalau ikutkan jarak parking dengan PICC tu tak la jauh pun kalau bukan dek kerana nak menapak naik bukit.
Aku pun menyiapkan kelengkapan untuk mendaki bukit dikala matahari mula nak memacak ke atas kepala. Keluarkan stroller anak aku. Ikutkan memang tak sesuai nak bawak stroller kalau event dalam dewan ni tapi dah pikir nak panjat bukit dan takut kehilangan anak, aku bawak jugak la stroller tu. Siap je setting stroller,baju anak,susu dan macam-macam lagi aku pun bersemangat nak mendaki. Untuk makluman semua isteri aku tengah sarat mengandung. Oh satu pengorbanan yang besar dari isteri aku untuk anak aku.
Tengok dari bawah laluan bukit yang bakal didaki tu nampak macam mampu nak hadap. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali,bukit ibarat gunung. Kecondongan bukit tu memaksa aku mengeluarkan kudrat yang lebih. Aku ditugaskan untuk menolak stroller. Sampai di separuh jalan kaki aku dah mula mengeras nak krem campur lenguh. Tengok wife aku pun dah semakin slow langkah dia. So aku pun bagi cadangan kat isteri aku untuk berehat sambil menikmati pemandangan orang lain yang sedang mendaki. Macam-macam teknik aku nampak orang nak mendaki tu. Isteri aku memang nampak penatnya daki bukit. Lebih kurang 10 minit jugak kitorang lepak kat tengah-tengah bukit tu, kitorang sambung mendaki untuk ke puncak PICC. Akhirnya sampai ke basement parking PICC. Nak kena naik lif untuk ke dewan karnival Upin & Ipin tu.
Bermula episod mood aku tak berapa nak cantik kat lif tu. Aku beratur tunggu turn nak naik lif, ada pulak manusia jenis bangsa tak reti nak beratur potong que. Ni mesti kat sekolah dulu jenis nama penuh buku pengawas kantin. Biadap. Aku terpaksa mengeluarkan kata-kata nasihat yang agak keras kat orang yang tak reti beratur tu. Lama jugak aku menunggu lif tu walaupun tak tinggi mana pun bangunan PICC tu. Masuk lif bau pun dah macam-macam dalam tu. Peluh orang ni macam-macam bau. aku tahan sampai la keluar lif. Yeah aku berjaya untuk langkah seterusnya sampai ke dewan PICC.
Semangat semakin tinggi bila nampak pintu masuk Karnival Upin dan Ipin. Anak aku pun siap seronok cakap ada Ultraman Ribut dan upin ipin. Nampak ceria anak aku masa tu. Isteri aku pun dari letih tadi nampak terpancar sikit kegembiraan kat muka dia setelah berpenat lelah mendaki bukit PICC tadi. Aku terus masuk ke dalam dewan utama Karnival Upin Dan Ipin yang masa tu belum mula acara kat atas pentas tu. Aku pun baca jadual event untuk hari tu kat pintu masuk. Pertunjukan Ultraman jam 1 petang. So aku ada lebih kurang sejam setengah lagi untuk tnggu pertunjukkan tu. Aku plan dengan wife aku untuk pusing-pusing dalam dewan tu melawt boot-booth ala-ala VVIP. Hehe. Alangkah terkejutnya aku tengok dalam dewan tu penuh dengan orang. Nak jalan tengok-tengok booth pun jem. Pergghh betul di luar jangkaan ni. Yang sempat aku jengah booth Vitagen, Julies dan Upin & Ipin store yang barangnya nampak laris sama ada dijual atau pun dah dicuri orang. Licin barang-barang kat situ. Isteri aku cakap nak beli patung Upin & Ipin untuk anak aku untuk kenangan. Takut nanti habis tak sempat beli. Dapat la satu patung Upin berharga RM29.90. Untuk melawat booth PUTERI memang tak dapat la. Orang penuh sampai berlaga stroller.
Dah puas bersesak dalam dewan anak aku dah mula mainkan peranannya sebagai seorang anak kecil berusia 3 tahun. Merengek tanya bila Ultraman nak keluar. Puas aku explain untuk bagi dia faham. At last dia pun setuju dengan penerangan yang aku berikan dan minta aku makanan sebab lapar sangat katanya. Aku pun ajak isteri aku keluar dewan meninjau booth-booth yang ada jual makanan. Memang banyak booth kat uar dewan tapi yang jual makanan tak banyak. banyak yang jual bunga dan cenderahati. Rupa-rupanya booth kat luar tu bukan untuk Karnival Upin Dan Ipin tetapi untuk Majlis Konvokesyen Universiti MAHSA. Boleh pulak pihak PICC benarkan event yang crowd ramai jalan serentak. Apa-apalah wahai PICC. Aku terus cari tempat makan. Jumpa jugak khirnya di satu sudut hujung kebelakang dewan. Aku belikan anak aku ayam goreng+french fries RM5, isteri aku spegeti RM5. Jadi la untuk alas perut. Lain-lain makanan memang tak menyelarakan. Tengah sedap-sedap makan lebih kurang jam 12 tengah hari, majlis perasmian pun bermula. Aku pun tak berapa nak ambik port sangat majlis perasmian ni. Yang aku tunggu pertunjukkan Ultraman je.
Layan makan sampai jam 12.30 tengah hari, aku pun ajak anak dan isteri aku masuk dewan kononnya nak ambik tempat yang strategik nak tengok Ultraman. Sekali lagi aku kecewa, dewan penuh sesak dengan orang. yang buat aku marah, event manager ni jenis terlebih kreatif atau pun bodoh aku pun tak tau la. Susunan booth dalam dewan utama tu seolah-olah tak nak bagi orang ramai tengok pertunjukkan di pentas utama. Booth susun tengah-tengah dewan menghalang laluan dan pandangan orang. Aku cakap kat isteri aku yang sarat tu suruh duduk kat tepi jaga barang. Kalau masuk kat orang ramai depan pentas tu sure pengsan. Dengan panasnya,bau ketiak dan bau mulut manusia. Busuk. Aku dengan anak aku je berasak-asak nak ke depan untuk view yang sesuai. Tapi tak dapat sampai ke depan.
Pengacara dah ada atas pentas sedia nak umumkan kemunculan Ultraman. Orang ramai dah menjerit-jerit mintak orang yang kat depan supaya duduk dan bagi peluang yang belakang untuk tengok. Tapi macam biasa la kedegilan segelintir orang Malaysia yang masih mementingkan diri sendiri. Aku tak boleh biarkan anak aku tak tengok Ultraman setelah berhempas pulas mendaki bukit tadi. Aku ambik keputusan mendukung anak aku di atas bahu sambil aku meredah lautan manusia depan pentas. Sambil-sambil jalan tu Ultraman dah keluar. Anak aku complain cakap tak nampak Ultraman. Aku angkat anak aku duduk atas kepala ala-ala aci kat India angkat barang. KAli ni anak aku puas hati sebab view dia cantik agaknya. Aku pun happy tengok dia ternganga menyaksikan Ultraman live depan mata dia. Siap dengan tangan dia bergerak ikut apa yang Ultraman buat. Setengah jam jugak la dia duduk atas kepala aku. Lenguh menang jangan cakap la. Aku tahan jugak la untuk kebahgiaan anak aku. Sambil tu aku terpikir kenapa la pihak Les' Copaque buat kat orang ramai macam tu. Bukan saja budak-budak kesian, orang tua yang datang sekali pun aku kesian. Duduk kat tepi-tepi dewan rehat melepaskan lelah mendaki bukit dan bersesak. Sedih aku tengok. Aku yang masih bertenaga dan muda lagi ni pun dah rasa penat,macam mana la orang tua umur 50 ke 60 tahun tu agaknya.
Secara keselurahannya memang aku tak puas hati dengan pihak penganjur Karnival Upin Dan Ipin. Langsung tak fikirkan keselesaan orang ramai yang menyokong mereka secara tidak langsung. Les'Copaque perlu ingat tanpa peminat setia, mereka takkan boleh pergi sejauh ini.
No comments:
Post a Comment